Sunday 17 February 2013

Jodoh Itu Tidak Hadir Dengan Jalan Sukar



Semestinya hidup ini, sudah menjadi lumrah hampir semuanya sudah ditakdirkan hidup berpasang-pasangan. Tapi percayalah jodoh itu tidak hadir dengan cara yang susah dan memeritkan. Sebaliknya, ia datang dengan laluan yang mudah dan tidak disangka. Berdoa dan berusaha adalah kunci untuk bertemu jodoh yang sudah ditakdirkan untuk anda. Jodoh selalunya datang bersama dengan cinta tapi cinta selalunya tidak datang bersama jodoh.

Jika anda sedar pasangan yang anda sedang dan akan kenali sekarang seorang yang tidak berpadanan dengan diri anda  maka jauhilah sejauh yang mungkin. Janganlah dipaksa diri kerana  percaya si dia akan berubah suatu hari nanti atau selepas berkahwin dengan anda. Sememangnya, manusia memerlukan masa untuk berubah tapi jika anda sudah mengenalinya 2 tahun atau lebih tapi tetap tidak berubah eloklah berterus-terang dengan si dia dan lepaskanlah dia. Ada kalanya, dia memang tidak baik untuk anda, tapi dia baik untuk insan lain.
Proses perkenalan memainkan peranan yang sangat penting, janganlah kaburkan mata dan hati dengan perasaan cinta. Fikirkan masa hadapan, mahukah anda hidup bersama individu yang buat anda menangis sekarang selama 20-30 tahun atau lebih dari ituakibat dari perangai buruknya yang sudahpun anda ketahui sejak awal proses perkenalan lagi?.Ya, sememangnya ada jalan jika sudah berkahwin rasa tidak serasi boleh bercerai  tapi semasa itu percayalah realitinya pelbagai halangan yang terpaksa dihadapi oleh anda untuk meneruskan niat tersebut kerana fikirkan masa depan anak-anak anda.

Tatkala itu, hidup akan dipenuhi dengan keterpaksaan. Semuanya terpaksa ditelan walaupun pahit demi masa depan anak-anak.

Sebenarnya, pilihan sentiasa ada di diri anda. Cuma anda sahaja yang sengaja membutakan diri anda untuk melihat. Berhati-hatilah ketika memilih pasangan hidup, jangan tergopoh-gapah dan bertenang dahulu sebelum membuat keputusan.

Saturday 9 February 2013

Soalan Temuduga Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media (PJJ)

Untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media, Inilah soalan yang anda bakal jawab untuk :
Ujian Bertulis:
1 ) Introduce Yourself
2) Why you choose this course?
3) Why did you think we have to choose you?
(Jawab semua soalan ini tidak lebih dari 250 patah perkataan)

*Selepas itu anda diberi rehat selama 15 minit untuk membuat persiapan temuduga bersama panel terpilih dari Fakulti Masscom

Kuantiti panel: 4 orang (bilik dibahagikan 2 iaitu tiap satu bilik 2 orang panel)
Soalah semasa temuduga dari panel:
1) Introduce yourself
2) Controversy issue about Masscom Faculty (question could be anything depend on panel ways of thinking)
3) Subject that you interested or still remain in your mind memory till now? And Why? (Subject that you already taken when you in diploma ago)

Yang paling penting adalah keyakinan dan tahu apa yang anda jawab tentang soalah yang ditanya
kepada anda. Sebaiknya, jangan beri jawapan atau bahasa badan seakan keanak-anakan bagai baru melihat dunia.

Semoga ini dapat membantu.Terima Kasih.